MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMASANGAN SISTEM SOLAR HIBRID UNTUK SEKOLAH LUAR BANDAR SARAWAK - PAKEJ 8

Majlis

pada 30hb Januari 2023 telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Pemasangan Sistem Solar Hibrid untuk Sekolah Luar Bandar Sarawak - Pakej 8 yang telah berjaya disiapkan pada 15hb Disember 2022. Majlis telah diadakan di SK Ulu Machan, Kanowit dengan dihadiri oleh YBrs. Tuan Mohamed bin Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan Malaysia, YBrs. Ir. Noor Ashikin binti Md. Tamimi, Pengarah Perkhidmatan Pakar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE), Ibu Pejabat JKR Malaysia selaku Pegawai Penguasa, wakil PPD dan wakil sekolah dan pasukan projek #teamSolarJKR. Kontraktor bagi Pakej 8 adalah Paragon Megalink Sdn Bhd. Tahniah atas penyiapan projek yang berjaya disiapkan pada mengikut tempoh masa yang ditetapkan