MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) & SESI MENANDATANGANI DOKUMEN KONTRAK

Majlis sst pakej 1 2

Pada 6 April 2023 (Khamis) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Sesi Menandatangani Dokumen Kontrak bagi pelaksanaan Projek Penyelenggaraan Sistem Solar Hibrid Dan Naik Taraf Sistem Bekalan Elektrik Bagi Sekolah-Sekolah Luar Bandar Negeri Sabah Tahun 2023 Hingga 2025 – Pakej 1 & Pakej 2. Majlis 3-in-1 (3 dalam 1) ini telah disempurnakan oleh YBrs. Sr. Amran bin Abdul Majid Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) dengan menyerahkan dokumen Surat Setuju Terima (SST), menandatangani Dokumen Kontrak serta penyerahan surat pelantikan Pegawai Penguasa Fasiliti. Pegawai Penguasa Fasiliti bagi pelaksanaan projek ini ialah Ir. Noor Ashikin bt Md. Tamimi, Pengarah Perkhidmatan Pakar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Dua (2) Kontraktor yang berjaya adalah seperti berikut: Pakej Kontraktor Pakej 1 Jong Sarat Sdn Bhd Pakej 2 Syarikat Am-Me Sdn Bhd urut hadir bersama adalah Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Aset, Kementerian Pendidikan Malaysia, Encik Azlan bin Arifin yang mewakil agensi Pelanggan projek ini; Ir. Saiful Zuhaimi bin Ahmad, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Unit Perunding Tenaga Lestari, CKE, selaku wakil Head of Project Team (HOPT) dan pejabat pentadbir kontrak.