MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA DAN MENANDATANGANI DOKUMEN KONTRAK PROJEK SOLAR HIBRID SARAWAK

Majlis sst pakej 1 6

Pada 30 September 2020 (Rabu) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan sesi menandatangani dokumen kontrak bagi Cadangan Projek Pemasangan Sistem Solar Hibrid Untuk 134 Buah Sekolah Luar Bandar Negeri Sarawak. Majlis penyerahan SST tersebut telah diadakan di Ruang Menunggu, Aras 1, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia Kuala Lumpur. Majlis (2 dalam 1) ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya bersama YBhg. Datin Ar. Hajjah Mariani Noor Binti Suhud Kasim selaku Pengarah Kanan Cawangan Arkitek yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), turut hadir En. Mohamed Bin Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan (Cawangan Pembangunan Pendidikan) Kementerian Pendidikan Malaysia selaku wakil kementerian pelanggan, YBrs. Ir. Badioezaman Bin Ab. Khalik selaku Pengarah Khidmat Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur dan YBrs. Ir. Hanizan Binti Shaffii selaku Pengarah Perkhidmatan Pakar Cawangan Kejuruteraan Elektrik.