MAJLIS SST PROJEK OPERASI & PENYELENGGARAAN GENSET SEKOLAH LUAR BANDAR SARAWAK

276072406 10159948324425120 6994746109784652841 n

Pada 17 Mac 2022 (Khamis) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Sesi Menandatangani Dokumen Kontrak bagi pelaksanaan Projek Operasi Dan Penyelenggaraan Janakuasa Diesel Dan Naik Taraf Sistem Bekalan Elektrik Bagi Sekolah-Sekolah Luar Bandar Negeri Sarawak Tahun 2022 Sehingga 2023 – Pakej 1 Hingga Pakej 5. Majlis Penyerahan SST & Sesi Menandatangani Dokumen Kontrak tersebut telah diadakan di Ruang Menunggu, Aras 2, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia Kuala Lumpur. Majlis 3-in-1 (3 dalam 1) ini telah disempurnakan oleh YBrs. Sr. Amran bin Abdul Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) dan Dokumen Kontrak kepada kelima-lima kontraktor yang berjaya serta penyerahan surat pelantikan Pegawai Penguasa Fasiliti. Pegawai Penguasa Fasiliti bagi pelaksanaan projek ini ialah Ir. Noor Ashikin bt Md. Tamimi, Pengarah Perkhidmatan Pakar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Penyerahan surat pelantikan tersebut adalah kepada Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, iaitu Ir. Hanizan binti Shaffii, selaku Pengurus Program untuk projek ini. Lima (5) Kontraktor yang berjaya adalah seperti berikut: Bil. Pakej Kontraktor 1 Pakej 1 Tanjung Maksimum Sdn Bhd 2 Pakej 2 SSL Dev Sdn Bhd 3 Pakej 3 Green Source Energy Sdn Bhd 4 Pakej 4 WHE Contract Sdn Bhd 5 Pakej 5 Syarikat Am-Me Sdn Bhd Turut hadir bersama adalah Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Aset, Kementerian Pendidikan Malaysia, Encik Mohd Syafiq bin Mohd Yashim yang mewakil pihak Pelanggan projek ini; Encik Wan Fadillah bin Wan Ahmad, Ketua Sektor Infrastruktur dan Perolehan, wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak; Ir. Dr. Abdul Muhaimin bin Mahmud, Jurutera Elektrik Penguasa, Unit Perunding Tenaga Lestari, CKE, selaku wakil Head of Project Team (HOPT) dan pejabat HODT. Secara keseluruhannya, skop kontrak operasi dan penyelenggaraan sistem genset ini akan melibatkan 70 buah. Pemasangan sistem genset sebagai alternatif bekalan elektrik ini adalah disebabkan kawasan sekolah-sekolah tersebut terlalu jauh (pedalaman) dengan infrastruktur utiliti elektrik dan tiada liputan talian grid nasional. Objektif utama projek adalah bagi memastikan bekalan elektrik sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan beroperasi tanpa sebarang gangguan (24 jam) kepada pengguna (pihak sekolah) bagi keselesaan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). JKR selaku agensi pelaksana akan memikul amanah yang telah diberikan dengan baik bagi memenuhi aspirasi Kerajaan agar projek ini dapat disempurnakan dengan berkualiti, dengan kos dan tempoh masa seperti mana yang telah ditetapkan dalam kontrak.